PERUTUSAN GURU BESAR
Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah, bersyukur kerana
diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam usaha menyiapkan garis panduan
pengurusan dan organisasi serta arah tuju sistem pendidikan sekolah ini. Dengan
kata lain kita telahpun berjaya
memulakan asas agenda kerja kita melalui platform permuafakatan atau
“interdependence” untuk kita hayati dan laksanakan.
Komitmen dan
kerjasama yang jitu daripada semua pihak termasuk PIBG amatlah diperlukan demi
kecemerlangan anak didik kita.
Justeru
menyedari bahawa matlamat akhir organisasi ialah kesejahteraan dan
kecemerlangan warga pelanggan iaitu pelajar maka kita harus proaktif, keras
semangat, tidak mudah mengaku kalah atau tersungkur di pertengahan jalan.
Marilah kita
sama-sama mendokong cita-cita dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke
arah memperkasakan jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk anak didik kita di
SKSPM.
Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam usaha menuju kecemerlangan SK
Seberang Pasir Mas. Semoga buku ini dijadikan “garis pandu” untuk kita
merealisasikan pendidikan di sekolah ini.
Segala beban tugas yang ada di dalam buku ini adalah tertakluk kepada hasil
muafakat dan kerjasama antara kita semua. Sesungguhnya kerjasama dan sifat
bertanggungjawab para guru akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara
kita semua, kerana dengan kekuatan dan sifat kekeluargaan yang wujud dikalangan
warga sekolah akan dapat menjaminkan serta menghasilkan mutu yang terbaik untuk
anak didik kita. Dengan ini saya mengucapkan selamat bertugas dan berjaya
melaksanakan tanggungjawab agar ianya
menjadi satu kenyataan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(ISMAIL BIN
YAHYA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas,
Jalan Salor, 15100 Kota Bharu,
Kelantan.