PERUTUSAN GURU BESAR



Assalamualaikum w.b.t, 
Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam usaha menyiapkan garis panduan pengurusan dan organisasi serta arah tuju sistem pendidikan sekolah ini. Dengan kata lain kita telahpun  berjaya memulakan asas agenda kerja kita melalui platform permuafakatan atau “interdependence” untuk kita hayati dan laksanakan.

Komitmen dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak termasuk PIBG amatlah diperlukan demi kecemerlangan anak didik kita.

Justeru menyedari bahawa matlamat akhir organisasi ialah kesejahteraan dan kecemerlangan warga pelanggan iaitu pelajar maka kita harus proaktif, keras semangat, tidak mudah mengaku kalah atau tersungkur di pertengahan jalan.

Marilah kita sama-sama mendokong cita-cita dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkasakan jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk anak didik kita di SKSPM.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada semua pihak  yang terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam usaha menuju kecemerlangan SK Seberang Pasir Mas. Semoga buku ini dijadikan “garis pandu” untuk kita merealisasikan pendidikan di sekolah ini.

Segala beban tugas yang ada di dalam buku ini adalah tertakluk kepada hasil muafakat dan kerjasama antara kita semua. Sesungguhnya kerjasama dan sifat bertanggungjawab para guru akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita semua, kerana dengan kekuatan dan sifat kekeluargaan yang wujud dikalangan warga sekolah akan dapat menjaminkan serta menghasilkan mutu yang terbaik untuk anak didik kita. Dengan ini saya mengucapkan selamat bertugas dan berjaya melaksanakan  tanggungjawab agar ianya menjadi satu kenyataan.


Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 

(ISMAIL  BIN  YAHYA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas,
Jalan Salor, 15100 Kota Bharu,

Kelantan.
Newer Post
This is the last post.

Post a Comment

[blogger]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.